Saturday, March 5, 2011

TERAPI CARA TELANJANG PULAK DAH

 Seorang pakar saikologi muda yang jelita, Sarah White, 24 dari Upper West Side, Amerika Syarikat, merawat pesakitnya secara unik, dengan bertelanjang bulat.
Katanya dengan berbuat begitu pesakitnya akan meluahkan segala rahsia diri tanda berselindung lagi. 

Dalam sesi kaunseling dia menanggalkan pakaiannya satu demi satu hingga tiada apa satu menutupi badan. Katanya dengan berbuat begitu supaya dapat mencairkan kerahsian pesakit. Unik kan ? Tak pernah orang buat lagi.

Katanya tujuan dia bertelanjang ialah supaya pesakit dapat memahami diri sendiri dengan lebih baik dan mereka akan mendapat kekuatan diri. Pelik, pelik

Sesi awal konsultannya menawarkan komunikasi satu arah di web cam dan pesanan SMS. Kos pembiayaannya 150 dollar US. Kini beliau mempunyai 30 orang pesakit. Pada sesi terapi seterusnya dia menggunakan komunikasi dua arah melalui Video Skype.

Terapi begini dapat memikat pesakitnya berulang kesitu, terutamanya lelaki. Pesakitnya lebih ramai lelaki dari wanita. Faham saja la kan.

Katanya lagi tujuan sesi terapi begini, supaya pesakit lebih bersikap jujur dan tidak ada apa yang patut disembunyikan. Melihat dia bertelanjang katanya; pesakit dapat memfokuskan perhatian dan dapat melihat diri sendiri dengan lebih luas, juga dapat membantu melahirkan apa yang terbuku di fikiran mereka. Hadoiii ! pelik tapi benar.

“ Saya memilih untuk telanjang," kata White bagi membandingkan teknik konsultannya dengan Sigmund Freud yang menawarkan terapi dengan teknik klasik.

Diana Kirschner, seorang pakar saikologi dari  New York menentang keras cara begitu. Kata Diana , cara itu melanggar kode etika kedoktoran. “itu bukan terapi, tetapi itu lebih kepada pornografi” kata Diana. Tambahnya lagi interaksi berdasarkan seks antara ahli terapi dan pesakit melanggar ‘Kode Etika’ mengikut ketetapan yang dikeluarkan oleh American Psychoanalytic Association. Menyentuh fizikal memang melanggar kode etika profesion.

White menafikan ada kontek antara dia dan pesakit. “ Saya tidak pernah menjalinkan hubungan intim dengan pesakit”. katanya.

Ada yang minat ?

No comments:

Post a Comment