Koh Jun Hao perlu dibedah 20 kali untuk menutup organ jantungnya yang terletak di luar tubuh menerusi pembedahan.
JOHOR BAHRU – Mungkin ini pertama kali kita lihat kejadian Allah yang unik. Hanya Allah saja yang tahu apa sebabnya. Lihatlah seorang bayi lelaki comel dilahirkan dengan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri.
Nama sicomel ini Koh Jun Hao yang baru berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan seperti kelaziman manusia.
Bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan. Ni dah takdir Allah ke atasnya.
Pembedahan pertama akan dijalankan bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) .demikian menurut bapanya, Koh Guan Siang, 33. Katanya, ini adalah anaknya yang keempat
Walaupun segala perbelanjaan pembedahan ditanggung oleh tabung bantuan perubatan HKL, Namun menurut bapanya, banyak lagi kos lain yang terpaksa ditanggung sendiri.
Rawatan susulan Jun Hao terutama sekali kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi. Anggaran kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL.

No comments:
Post a Comment