TAMPA - Alexis Dunbar menceritakan kepada WFLA-TV, bahawa beliau sangat terkejut sejurus pulang kerumahnya mendapati seekor buaya besar ada di bilik mandinya. Apabila dia menjerit, buaya itu mendesis mahu mendekatinya .Katanya dia telah bermalam di rumah seorang kawan dan pulang ke rumahnya pada hari berikutnya.
Teman lelakinya menghadang pintu bilik mandi dengan meja kecil untuk menghalang buaya keluar sehingga seorang petugas dari Florida Fish and Wildlife Conservation Commission datang untuk membawa haiwan itu pergi.
Wanita itu kelihatan bimbang kerana berkemungkinan buaya itu sudah ada di kamar mandinya cukup lama. "Jiran saya mengatakan, ia mendengar suara mendesis dari rumah saya seperti ketukan pada pukul 03.00. Jadi, buaya itu tentu sudah ada di sini sepanjang malam sehingga saya pulang “ katanya.
Buaya itu dipercayai menggunakan pintu anjing di serambi belakang rumahnya untuk masuk ke dalam rumahnya. Beberapa hari sebelumnya, Alexis pernah melihat buaya tersebut di pinggir sungai dekat rumahnya .
Ketika ini merupakan musim buaya mengawan di Amerika Syarikat, dan petugas perhilitan menasihatkan sentiasa berjaga-jaga apabila mendekati sungai itu.
No comments:
Post a Comment