Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.
“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.
“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.
“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.
Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.
“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.
Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.
“Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya,” katanya.
-malaysiakini-
rumah anak Taib, Jamilah
Rumah abang Taib, Ali Mahmud
rumah abang Taib lagi, Tufail
Rumah abang Taib lagi Arif Mahmud
Bangunan Hampshire House menempatkan flat-flat paling mewah yang mempunyai ruang dalam yang luas yang bersebelahan dengan Hyde Park yang terkenal di dunia. Ianya juga terletak tidak jauh dari Marble Arch dan Oxford Street. Ianya merupakan tempat penginapan peribadi milik keluarga Ketua Menteri, Abdul Taib Mahmud.
Apartmen tingkat bawah yang kerap didiaman oleh keluarga Taib dianggarkan bernilai £8.5 million (RM 43 juta) dengan ruang kediaman seluas 4,000 kaki persegi. Semua ahli keluarga Taib dikatakan kerap mendiami apartmen ini dan berkemungkinan mereka memiliki atau mempunyai akses kepada lebih dari sebuah apartmen, memandangkan ramai mereka dapat menginap di situ pada satu-satu masa.
hadoiii syurga dunia . Fikir-fikirkanlah








Assalamualaikum,
ReplyDeleteRumah di sarawak memang besar-besar, bukan rumah keluarga Taib je. Tapi, rumah dia memang confirm besarrrrr gilerrr ;)
Kira sepadanlah ya dengan besarnya negeri sarawak, luasnya hutan sarawak, banyaknya minyak di sarawak...;)
Rumah taib ni bukan sebiji dua.banyak. imbanglah dengan kaya dia tu.Tah ke orang paling kaya di Malaysia. saja depa tak mau umum.Setuju dak ? setujuuuuu
ReplyDelete