SHAH ALAM :Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Seri Azalina Othman Said kata orang melayu dah tidak sokong umno lagi sebab umno banyak masalah. Orang Melayu dah benci umno sebab umno banyak masalah dalaman.
Kata beliau lagi, pegawai kerajaan dari kementerian pengajian tinggi, jabatan pelajaran pejabat tanah juga tidak sokong kerajaan.
Azalina berkata, umno ada masalah imej Melayu. Kes SPRM, kes video seks Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim).
“Kes video telah dimanipulasi hingga orang kata Umno yang buat. Malahan pula orang kenal siapa Tan Sri Rahim Thamby Chik ,” tambahnya.
Azalina kata,"profesional Melayu bandar tidak pedulikan Umno, sebaliknya mementingkan soal gaji dan keluarga mereka."
Tambahnya lagi, "ada orang menyampah dengan wakil rakyat kita sehingga bersalam pun tak mau tengok muka."
Datuk Seri Azalina kata Tun Rafidah Aziz yang paling kuat menentang penubuhan Puteri Umno . Kata Rafidah, dah ada Wanita Umno buat apa tubuh Puteri Umno.
Azalina juga mendakwa mantan Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdullah Ahmad Badawi juga cuba mengekang penubuhan Puteri Umno.
Katanya,“ maklumlah Pak Lah lebih sayang kepada menantunya, Khairy
Puteri Umno juga menghadapi masalah kerana tidak dapat sokongan dari ketua bahagian dan ketua cawangan.
Azalina berkata, beliaulah orang yang paling dibenci oleh pergerakan Wanita Umno ekoran penubuhan Puteri Umno,
Kata beliau lagi, dia menjadi ketua Puteri Umno yang pertama pada 2001 kerana dipilih oleh Dr Mahathir.
Masalah sekarang, kata beliau, ahli Puteri yang sudah habis tempoh iaitu mencapai usia 35 tahun tidak diterima di peringkat Wanita.
“Yang dapat jawatan ketua bahagian saya seorang saja,” kata Ketua Umno Pengerang itu.

Ha..ha...kesian. Sampai PM sendiri turun padang 24 jam. Reformasi Sarawak!
ReplyDeleteTau tak pa
ReplyDelete