Monday, April 4, 2011

Dia disingkirkan kerana payudara terlalu besar

Sebuah patung perempuan,iaitu Patung Marianne, simbul kesuburan Perancis telah dibuang dari bangunan di Neuville-en-Farrain yang penduduknya sekitar 10,000 orang.
 Pentadbir kota di situ telah menyahkan patung itu dari bangunan asalnya kerana payudaranya terlalu besar yang sentiasa menimbulkan banyak gossip. Patung itu merupakan perwujudan perempuan tradisional Republik Perancis di Frigia, ia hasil karya seniman tempatan yang dipasang di situ sejak 2007 lagi.

Seorang warga kota di situ, Gerard Cordon, telah mencadangkan kepada anggota dewan untuk mengganti patung lain yang lebih konvensional yang anggarannya 900 euro.

Karyawan yang membentuk Marianne, Catherine Lamacque, berkata, ia sengaja membuat payudara dengan ukuran yang besar, "untuk melambangkan kemurahan hati Republik."

Pihak pentadbir kota membeli patung terakota Lamacque pada tahun 2007 dengan harga 1,400 euro.

Seorang pekerja pejabat bandaran di situ berasa, terkilan dengan penyingkiran patung itu. Ia terkilan kerana itu bukan keputusan ramai "bukan berdasarkan keputusan bersama, tetapi oleh Datuk Bandar seorang diri. Itu karya yang unik Marianne, seperti sebuah simbol ibu."

No comments:

Post a Comment