Thursday, April 21, 2011

Dibakar kerana mencuri wang masjid

gambar Sholikin sedang dirawat di hospital
DEMAK — Seorang lelaki, Sholikin, 34 nekad mencuri    duit jariah di Masjid Nurul Falah yang terletak di Dukuh Sidorawuh, Desa Sidogemah,  Kecamatan  Sayung, Demak, nyaris maut karena dibakar sekumpulan jemaah.

Sholikin yang berasal dari Desa Karangtowo, Kecamatan Karangtengah,   telah terperangkap ketika sedang mencungkil peti duit di serambi masjid, pada Khamis 21 April di siang hari .Dia ditangkap oleh jemaah masjid itu.

Wang sedekah itu adalah untuk pembangunan masjid tersebut.

Seorang daripada jemaah yang ternampak perbuatan jenayah itu lalu menjerit “pencuri, “  lalu jemaah lain beramai-ramai mengejar pelaku yang cuba melarikan diri.

Sholikin ditangkap dan dipukul, kemudian disirami minyak , lalu dibakar.

Beliau kini dirawat di rumah sakit Daerah Sunan Kalijaga dengan luka bakar 40 peratus tubuhnya dari kaki hingga ke tangan. Dia kini dijaga oleh isterinya yang masih terperanjat dengan kejadian itu.

Polis yang datang ketempat kejadian menemui barang bukti, yakni pakaian Sholikin dan bekas minyak yang kosong. Kes akan dibaca setelah beliau sembuh.



No comments:

Post a Comment