Tuesday, April 19, 2011

Ini Dia Jejaka Hebat Yang Menumbangkan Presiden SUPP

 Ling Sie Kiong bersama Tan Sri Dr George Chan (BN)
Ling Sie Kiong berusia 28 tahun, berjaya menumbangkan presiden SUPP yang juga timbalan ketua menteri, Tan Sri Dr George Chan dalam pilihan raya Sarawak Sabtu lalu.

Ling adalah seorang peguam lulusan dari London. Beliau merupakan seorang pelajar bijak yang dididik khas untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai orang muda yang bertenaga, beliau dilihat akan dapat mengatasi undi lawannya.

Ketika menemubual beliau selepas majlis penamaan calon pada 6 April lalu, beliau menyebutkan akan berusaha mengajak rakyat mengambil peluang terbaik ini untuk membuat perubahan politik Sarawak.

Dua kali beliau menyatakan "dengan rendah diri, saya berharap rakyat di kawasan ini akan memilih saya untuk membawa suara mereka yang selama ini tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri'.

Sejarahnya politiknya bermula begini : Semasa di UK pada tahun 2005, beliau dan kawan-kawannya disyorkan menghidupkan semula kelab MCA UK yang tidak aktif. Dia dan kawan-kawan menyambut cabaran itu, lalu kemudiannya menubuhkan cawangan MCA di beberapa universiti dan juga mewujudkan sebuah laman web untuk kelab MCA.

Masa itu Kelab MCA, UK saling berhubung dengan rakan-rakan pelajar dari UMNO dan MIC untuk menganjurkan aktiviti bagi pelajar Malaysia di sana.

Setiapkali menteri atau pemimpin MCA melawat UK, kelab akan mengadakan dialog dengan mereka untuk bertukar
 pandangan mengenai parti dan politik Malaysia.

Tetapi anehnya Ling tidak menyertai parti itu walaupun tawaran dibuat oleh pemimpin seperti Datuk Chor Chee Heung yang bertanggungjawab menjaga kelab luar negeri
dan timbalan menteri pelajaran ketika itu, Datuk Hon Choon Kim. Sebaliknya dia lebih berminat dengan perjuangan DAP.

Sejak berumur 14 lagi Ling sudah biasa dengan perjuangan dan pemimpin DAP kerana dia sering dibawa oleh bapanya, seorang penyokong setia parti DAP untuk menghadiri ceramah dan majlis anjuran parti itu.

Katanya dia sedar kekangan-kekangan yang dihadapi oleh MCA. “Sewaktu berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin MCA, saya sedar kekangan yang dihadapi oleh mereka dalam BN."

Pada tahun 2006 selepas memperoleh ijazah undang-undang , dia kembali ke Malaysia dan menjalani 'chambering' di firma guaman Karpal Singh. Kemudian kembali ke Miri pada 2009.

Ketika ditanya mengapa beliau memilih DAP .Jawabnya mudah "Ideologi dan platform DAP lebih sesuai untuk saya. Saya mengagumi semangat pemimpin DAP dan ketabahan walaupun kekalahan berulang kali tewas di Miri."

No comments:

Post a Comment