Saturday, April 23, 2011

Kemalangan ngeri di Jalan Kuantan Segamat

 PEKAN – Satu kemalangan ngeri berlaku di kilometer 63 Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai di sini semalam, apabila sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki oleh empat ahli keluarga bertembung dengan sebuah lori tangki.

Kejadian pada pukul 4.50 pagi itu berlaku apabila Kah Keng cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya di jalan berbukit di situ.

Mereka yang mati ialah Diong Kah Keng, 24; isterinya, Koh Kiah Hui, 23; adik Kah Keng, Diong Kah How, 21 dan sepupu mereka, Choi Kok Sin, 23, kerana cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata ketika pagi tadi, kereta Perodua Myvi yang dipandu Kah Keng sedang berkonvoi bersama dua lagi kereta ke Kuantan untuk meraikan hari lahir datuk Kah Keng. Apabila tiba di tempat kejadian, kenderaan tersebut melanggar bahagian kanan lori treler yang dipercayai terkeluar daripada laluannya.

Perlangggaran ini menyebabkan kereta myvy berpusing sebelum terperosok ke bawah lori terbabit," kata Supt Yahaya kepada pemberita di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment