Wednesday, April 20, 2011

kereta bergerak sendiri di Indonesia dan Madinah

 BANYUMAS, Indonesia - Fenomena kenderaan bergerak sendiri walaupun enjin sudah dimatikan berlaku di Jawa Tengah, lapor beberapa buah akhbar dan laporan stesen televisyen semalam. 

Keajaiban alam itu berlaku di sebuah kawasan dikenali dengan nama Jabal Magnet di sini.

Stesen televisyen tempatan, Metrotvnews.com, melaporkan kawasan tersebut terletak di Jalan Raya Desa Limpakuwus, Banyumas. 

Tinjauan oleh stesen televisyen berkenaan di lokasi semalam mendapati kereta tersebut mampu bergerak sendiri sejauh 50 meter dengan kelajuan 10 kilometer sejam.

Kejadian luar biasa itu disaksikan beratus-ratus penduduk setempat, malah ada yang membawa kenderaan untuk menguji sendiri kesahihan fenomena tersebut.

Satu pasukan ahli geologi Indonesia turut tiba di lokasi berkenaan untuk melakukan pemeriksaan. 
Ujian awal oleh pasukan ahli geologi Universiti Jeneral Sudirman Purwokerto gagal menemui medan magnet di bukit itu.

Namun, mereka mengesahkan batu-batan di sekitar lokasi itu mempunyai kandungan magnet yang agak tinggi.
Setelah ujian seterusnya yang melibatkan alat pengukur ketinggian dilakukan, pakar-pakar geologi berkenaan menyatakan, fenomena tersebut dipercayai berlaku kerana bentuk muka bumi sekitarnya yang berbukit.

Bagaimanapun, menurut mereka, satu kajian mendalam perlu dilakukan bagi mengesahkan perkara itu. - Agensi

Ini cerita di Madinah;
Kawasan Jabal Magnet
kawasan Jabal Magnet
 Apa istimewanya Bukit Magnet Madinah ?

Jabal Maghnatis (bukit magnet) ini ialah satu tempat di mana kereta/bas akan ditarik semula ke Madinah. Apabila sampai ke kawasan ini, kereta akan bergerak sendiri untuk balik ke Madinah. Kekuatan tarikan ini hingga, kelajuan bas atau kereta akan bergerak hingga melebihi 120 km/ jam.


Ini salah satu lagi dari keajaiban kota Madinah. Pada hari Khamis dan Jumaat, orang Arab akan datang ke sini beramai-ramai, membawa keluarga. Mereka akan berkelah di tempat ini. Tempat ini juga merupakan kawasan lapang yang cantik pemandangannya. Terdapat pokok-pokok rimbun yang akan melindungi sesiapa di sini dari terikan matahari.


Apabila engin bas diberhentikan di kawasan tersebut, bas akan meluncur dengan sendirinya saperti ditarik oleh kuasa ghaib sehingga kelajuan 120 km/hr, walaupun jalan nya mendatar. Yang pelik nya sesiapa yang membawa kompas, jarum kompas masih menunjukkan arah utara dan ini bermakna tidak ada tarikan magnetik dikesan (saya menggunakan jam Tissot T Touch yang mempunyai kompas).

Mutawif kami, seorang pelajar Indonesia menceritakan satu cerita mengenai kelebihan dan keanehan Bukit Magnet. Mungkin cerita nya tidak sahih, tetapi terpulanglah jikalau sesiapa ingin mempercayainya.


Semasa peperangan Uhud, Rasulullah saw telah tercedera parah akibat kepintaran Khalid Al walid memerintahkan pemanah orang-orang musyrik menawan jabal Uhud. Sahabat-sahabat telah mengusung
Rasulullah untuk menyelamatkan beliau dan membawa beliau keluar dari Jabal Uhud jauh dari Madinah. Rombongan beliau dikejar oleh tentera berkuda orang Musyrik. Apabila tentera Musyrik sampai dikawasan Bukit magnet, mereka tidak dapat mengejar rombongan Rasulullah saw kerana tarikan magnet yang memperlahankan kelajuan mereka. (Mereka memakai banyak peralatan yang diperbuat dari besi saperti baju perisai dan lain lain).

Itu lah yang diceritakan oleh mutawif Indonesia kepada kami. Orang Arab Madinah ramai yang tidak tahu mengenai Bukit Magnet dan cerita cerita disebaliknya. Rakan saya, seorang Arab penduduk Madinah tercengang apabila saya menceritakan perihal Jabal Maghnatis ini.


Allahualam.
Zack Rambles

No comments:

Post a Comment