KUALA LUMPUR - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman trio 'Datuk T' dan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
Zamil berkata, sekiranya Anwar berasakan dirinya difitnah dan seorang pemimpin yang betul dan ikhlas, beliau mempunyai hak untuk menyaman mereka.
“Saya rasa dia (Anwar) tengah berfikir, budaya saman-menyaman ini bukan perkara baru bagi Anwar,” katanya, di sini semalam.
Sebelum ini, tiga individu yang menggelarkan diri mereka 'Datuk T' mendedahkan video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang dan menyerahkan video serta jam tangan jenama Omega yang didakwa ditemui di tempat kejadian kepada polis.
Manakala dalam satu temu bual yang disiarkan Buletin Utama TV3 pada Rabu lepas, Raja Petra mendedahkan akuan bersumpahnya berkaitan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu, bertujuan menyekat Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menjadi Perdana Menteri. - SH
No comments:
Post a Comment