KUALA LUMPUR – Pada 26 Nov yang lalu, Muhammad Hairuman terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi semasa mengait buah kelapa sawit di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan
Darat, Tanjong Karang, Selangor .
Akibat daripada kemalangan itu, kaki kiri dan kedua-dua belah tangan beliau terpaksa dipotong apabila doktor mendapati anggota itu tidak boleh diselamatkan.
Akibat daripada kemalangan itu, kaki kiri dan kedua-dua belah tangan beliau terpaksa dipotong apabila doktor mendapati anggota itu tidak boleh diselamatkan.
Hari ini beliau menerima pampasan berupa Faedah Hilang Upaya Sementara dan Perubatan bernilai RM15,650 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Wang pampasan itu meliputi bayaran ganti belanja untuk rawatan dan ubatan yang telah dibelanjakan sepanjang menerima rawatan di tiga hospital kerajaan sebelum ini. Demikian laporan Timbalan Pengarah Pejabat Perkeso Negeri Selangor Zainal Ismail
"Hairuman juga layak mendapat bantuan pemulihan daripada Perkeso. Peralatan yang berkaitan pemulihan itu akan dibekalkan sejurus selepas pertubuhan ini menerima maklum balas daripada doktor pakar rehabilitasi yang merawatnya.
Kata Timbalan Pengarah Perkeso lagi "Perkeso akan tanggung segala kos perubatan dan pemulihan terkini beliau di Hospital Kuala Lumpur (HKL)" .
Muhammad Hairuman menerima cek berkenaan daripada Timbalan Pengarah Perkeso Negeri Selangor di Unit Rehabilitasi HKL di sini hari ini.

No comments:
Post a Comment