Putera William dan Harry telah menegaskan bahawa tidak ada seorang pun yang boleh menggantikan tempat ibunya dihati mereka
Putera William memberinya cincin berlian peninggalan ibunya kepada Kate. Katanya supaya ibunya sentiasa dekat di hatinya. Kate berkata hadiah itu sangat istimewa dan dia berjanji untuk menjaganya.
Diana selalu dibandingkan dengan Kate, namun para komentator mengatakan bahawa kedua wanita itu berbeza karakter, berbeza latar belakang, dan tentunya hubungan mereka dengan putera-putera mereka juga berbeza.
Perbezaannya adalah bahwa Charles dan Diana berpacaran singkat sekali, bahkan mereka tidak sering bertemu, mereka juga tidak mengenal satu sama lain dengan baik. Ketika berkahwin Diana baru berusia 20 tahun sedangkan Chales sudah berusia 32 tahun
Kate berkahwin pada usia 29 manakala William berumur 28 tahun, dan Kate adalah lulusan sarjana, serta pernah beberapa tahun bekerja. Mereka berdua juga telah berkawan selama hampir delapan tahun, dan hampir selalu tampil dalam cinta.
Diana berkahwin di Katedral St Paul, sedangkan Kate di Westminster Abbey. Di gereja ini William pada usianya 15 tahun dan adiknya Harry berjalan mengiringi keranda jenazah ibundanya yang meninggal akibat kemalangan misteri di Paris pada 1997. Kedua putera muda itu berjalan sambil menundukkan kepalanya dan berdiam diri dalam misteri.
Walaupun Kate memiliki kualiti bintang, namun bagi rakyat Britain dia masih jauh jika dibandingkan "People's Princess" (Puteri Diana) yang hingga kini masih dihati rakyat Britain.
No comments:
Post a Comment