perbezaan rambut Anwar dan pelakun video sangat ketara, Rambut Anwar lebih tebal |
PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.
Pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.
Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.
"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.
Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.
Rakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis “menari mengikut rentak parti pemerintah”.
Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan 'nasihat mesra' daripada polis.
“Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.
“Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan 'nasihat' bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR,” katanya.
[Baca berita penuh]
Sementara itu, TV Selangor melaporkan gambar Anwar yang dirakam pada 22 Febuari lalu, jelas membuktikan beliau bukan pelaku dalam video lucah Datuk T yang diambil sehari sebelumnya.
Ketika membandingkan dua gambar itu pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rambut individu dalam klip video berkenaan lebih nipis jika dibandingkan dengan rambut Anwar yang lebih tebal.
Gambar yang dicetak dari laman web TV Selangor itu menunjukkan rambut ketua pembangkang lebih tebal ketika hadir ke perbicaraannya pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Saya tidak tahu kalau rambut Datuk Seri Anwar tumbuh dengan cepat," katanya.
Perbezaan dalam dua gambar itu mengukuhkan pendirian kepimpinan parti yang konsisten menyatakan bahawa Anwar difitnah oleh gadingan Datuk T dan juak-juak Umno untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.
Datuk T merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim.
Mereka menayangkan video itu pada 21 Mac kepada wartawan dan ahli politik terpilih, dengan mendakwa Anwar adalah pelaku dalamnya.
Gandingan itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.
Anwar membuat laporan polis terhadap Datuk T manakala Angkatan Muda Keadilan membuat pertuduhan qazaf terhadap tiga individu itu yang mempunyai kaitan dengan Umno.
Nik Nazmi berkata penyebaran video itu menerusi Internet dan risalah berbentuk lucah adalah cubaan terdesak Umno-BN yang cuba menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya.
No comments:
Post a Comment