Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) yang kalah kepada BN dengan majoriti nipis bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin.
Calon PKR Dr Michael Teo Yu Keng kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).
Permintaan dari Naib Presiden PKR Tian Chua supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi malam tadi ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het . Tian Chua menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan tersebut
"Kami tidak puas hati, kerana Chai tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu," kata beliau kepada pemberita.
Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi.
Selepas keputusan diumumkan, penyokong-penyokong PKR, termasuk anggota Exco Selangor Elizabeth Wong yang tidak berpuas hati menunggu di stadium selama tiga jam bagi mendesak Chai melakukan kiraan semula.
No comments:
Post a Comment