BERLIN – Seorang pemprotes membaling telur terkena Presiden German, Christian Wulff, 51 pada Khamis 14 April.
Presiden itu tidak memperdulikan insiden itu , malah katanya itulah risiko yang perlu ditanggung andai bersentuhan dengan orang ramai.
Menurut jurucakap polis, ketika Wulff baru saja tiba di kota Wiesbaden, German timur, seorang lelaki berusia 48 tahun yang berada di dalam kelompok orang ramai mulai melempari dia dengan telur, "Pakaian presiden itu kotor tetapi Presiden sendiri tidak apa-apa."
Perdana Menteri Negara Bahagian Hesse Volker Bouffier yang menemaninya juga terkena kuning telur. Penyerang itu segera ditangkap polis. Beliau mengarahkan supaya hukuman keatas lelaki itu diringankan. Katanya "Saya ingin mengadakan hubungan dengan rakyat, mungkin akan berlaku lagi dilempari telur seperti sekarang ."
Tak lama kemudian beliau muncul dengan jaket baru dan bergambar bersama sekelompok warga yang menghadiri acara Girl’s Day di bangunan parlimen.
Insiden begini pernah terjadi pada tahun 1991 kepada Perdana Menteri Helmut Kohl .Beliau dilempari telur, tomato dan cat oleh penunjuk perasaan di kota Halle di Jerman timur. Presiden German itu marah lalu mengejar para penyerangnya tetapi beliau disabarkan oleh staf dan pengawalnya demi menjaga imej seorang presiden.
Kalau di negara kita apa hukumannya ya ? Ada berani buat ?
catatan: indah.com 15 April

No comments:
Post a Comment