Lawak Raja Petra Kamaruddin,tentang kenyataannya di TV3 mengejutkan seluruh rakyat Malaysia . Rakyat kini sedang berfikir dan terkejut beruk bagaimana TV3 dan Perdana Menteri Najib Razak sanggup mempercayai kata-kata seorang yang diburu polis dengan waran tangkap.
Kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, putar belit TV3 semata-mata untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap pilihanraya negeri Sarawak, di mana Barisan Nasional kini sangat tertekan kerana tidak mendapat sokongan rakyat Sarawak.
Bual bicara Raja Petra dengan TV3 telah dirakamkan dua bulan lalu di Australia. Dalam jangka masa yang panjang mungkin mereka telah mengedit temubual itu. Herannya mengapa sekarang baru disiarkan.
Raja Petra menegaskan dalam tulisan terbarunya, yang beliau hanya menerangkan apa yang didakwanya sebelum ini seperti yang tertera di dalam pengakuan bersumpah beliau, di mana beliau diberitahu secara yakin oleh beberapa individu bahawa Najib dan isterinya Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan ngeri Altantuya pada tahun 2006 dan menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut. Tetapi TV3 telah memutarkan berita jadi sebaliknya.
Yang peliknya kenyataan beliau disambut baik oleh Najib, kononnya kenyataan itu dapat membersihkan namanya . Adakah Najib juga kena kelentong dengan TV3 atau memang ini agenda mereka.
Raja Petra kini masih sedang berperang media dengan Deepak Jaikishan yakni kenalan rapat Rosmah. Deepaklah orangnya yang didakwa membantu perisik P Balasubaraniam keluar dari negara ini selepas membuat pengakuan bersumpah bahawa Najib mempunyai hubungan fizikal dengan Altantuya kemudian menafikannya.
Kata Tuan Ibrahim “Raja Petra yang diburu polis beberapa waktu dan waran tangkapnya masih sah, kini tiba-tiba menjadi hero sehingga PM dan FLOM (Wanita Pertama Malaysia, Rosmah) pun rasa bersih, lebih bersih daripada baru macam iklan sabun. Dengan hanya satu kenyataan saja dah jadi bersih, dengan sesudu sabun sahaja dah jadi macam baru.”
Kalau benar itu memang kenyataan Raja Petra maka tunggulah ketikanya, rakyat akan menghumbankannya kedalam tong najis bersama kuncu-kuncu barunya.
No comments:
Post a Comment