Friday, April 22, 2011

Roslin Hashim mahu cari wanita beriman

Bekas pemain badminton negara, Muhd Roslin Hashim, 39, mengakui walaupun dia sedih selepas gagal mempertahankan dua perkahwinan dengan bekas isterinya iaitu Faezah Mohamad, 34, dan Norhayati Othman, 39, naluri kelelakiannya tetap mahukan hidupnya diserikan dengan kehadiran seorang isteri. Mengenai kontroversi lepas katanya dia terpaksa redza dengan ketentuan Allah.

“Memang saya ingin berumah tangga lagi tetapi persoalannya masih adakah wanita yang sanggup menerima saya selepas pelbagai kontroversi mengenai saya tersebar?

“Kalau boleh saya ingin mencari gadis beriman. Bagaimanapun saya belum merancang untuk berkahwin dalam tempoh terdekat kerana saya masih belum mempunyai teman wanita,” akuinya .

No comments:

Post a Comment