Rome - Perdana Menteri Itali Silvio Berlusconi,74 akan menghadapi kes mahkamah di Milan bermula Rabu ini. Adakah dia menyesal berkenalan dengan "Ruby the Heart Stealer" (Ruby Si Pencuri Hati), gadis remaja yang terlibat dengan pesta seks perdana menteri itu.
Karima El Mahroug dengan nama glamour nya "Ruby the Heart Stealer itu pindah dari Moroko bersama keluarganya ke kota kecil di Sisily pada 2003.
Dia tinggal bersama ibu bapanya. Bapanya seorang ahli perniagaan, ibunya, suri rumah Dia lari dari rumah ketika berusia 14 tahun. Pada tahun2010 dia ditahan di penjara kerana mencuri wang rakan serumahnya bernilai 3000 euro.
Melalui Nicole Minetti, bekas doctor gigi perdana menteri itu, Karima di bebaskan. Caranya mudah. Berlusconi menelepon balai polis dan mengarah mereka membebaskan Karima yang didakwa sebagai anak saudara Hosni Mubarak. Kononnya itu untuk mencegah kerosakan hubungan diplomatik.
Berlusconi ditemukan dengan Karima dalam satu pertandingan kecantikan oleh bekas doctor giginya. Karima diminta menghiburkan Berlusconi dalam satu pesta seks. Ketika itu usianya baru 17 tahun. Ini bermula kes mahkamah itu kerana melanggan gadis bawah umur.
Dalam satu soal selidik gadis ini mengaku memang bertemu dengan Berlusconi di salah satu pesta "bunga-bunga", tetapi menyangkal turut ambil bahagian di dalamnya. Karima menceritakan dalam pesta itu para perempuan bertelanjang mengelilingi perdana menteri dengan berlomba-lomba memikat pemilik kelab bolasepak AC Milan itu.
Karima menceritakan Berlusconi menghujaninya dengan wang dan kemewahan. Berlusconi pula menyatakan yang Karima menipu berkenaan status dan umurnya.Dia berbohong menyatakan usianya 24 tahun.
Karima memberitahu wartawan dia akan mengahwini tunangnya, Luca Rizzo, 41, seorang pengurus kelab malam. Karima juga sudah berpengalaman di pertunjukan pentas termasuk di Vienna Opera Ball pada Mac 2010. Dia selalu memuji Berlusconi sebagai seorang dermawan, penyayang dan seorang yang kesepian.
Timbul lagi masalah apabila percakapan Berlusconi dan wanita-wanitanya bocor, yangmana transkripnya dicatat oleh seseorang.

No comments:
Post a Comment