Thursday, April 14, 2011

Tentera Amerika Minta Maaf

Gambar menunjukkan Jeremy Morlock, tentera Amerika Syarikat berusia 22 tahun,  di samping jenazah Gul Mudin, anak petani Afghanistan, yang diperkosa bersama teman-temannya pada 15 Januari 2010. 
Dengan tersiarnya gambar-gambar anggota pasukan Amerika Syarikat yang sedang duduk di samping mayat penduduk awam Afghanistan, tentera Amerika akhirnya meminta maaf.

Tentera Amerika   mengatakan foto-foto yang terpampang di majalah Rolling Stone itu memang mengganggu mereka. Hal itu pun bertentangan dengan keadaan sebenarnya. Penyebaran foto-foto oleh Rolling Stone mengganggu dan bertentangan dengan etika dan nilai-nilai kemanusiaan yang dipegang oleh tentera Amerika," kata wakil tentera mereka.

AP dan AFP melaporkan pada Selasa 29 Mac lalu,   Akhbar German, Der Spiegel, juga menyiarkan foto-foto yang sama  .

Berkenaan dengan foto-foto tadi, Editor Eksekutif Majalah Rolling Stone, Eric Bates mengatakan, pihaknya memuat kan 17 daripada 150 foto di ruang majalah itu. Selain itu, kata Bates, medianya juga memuatkan dua video yang menunjukkan serangan AS terhadap Afganistan. Bates tidak menyebutkan bagaimana foto-foto itu diperolehi.

Tentang foto-foto yang disiarkan oleh Der Spiegel, tentera AS meminta maaf atas penderitaan yang terjadi yang disebabkan foto-foto itu," kata pihak tentera.
Foto-foto itu mungkin diambil oleh unit tentera Amerika di Afganistan pada 2010. 

Peristiwa pembunuhan itu terjadi pada awal tahun lalu. Tentera Amerika yang terlibat sedang diadili dan salah seorang daripadanya dikenakan hukuman penjara selama 24 tahun pada minggu lalu.


No comments:

Post a Comment