Friday, April 22, 2011

TV Thailand terpadam kerana satelit keluar orbit

 BANGKOK - Beberapa saluran TV di Thailand kembali keudara pada Khamis malam setelah tiga jam padam akibat satelit Thaicom 5 keluar dari orbit. Sebelumnya, hanya ada beberapa saluran asing yang masih keudara, sementara semua saluran Thailand mengalami blackout .

Bangkok Post online melaporkan Menteri Teknologi  Penyiaran  dan Komunikasi, Juti Krairerk, pada Jumaat 22 April mengatakan, saluran televisyen blackout setelah satelit Thaicom 5, keluar dari orbitnya. Beliau menyatakan itu adalah masalah teknik dan bukanlah kerana sabotaj atau rampasan kuasa.

Pada Khamis, pemimpin gerakan "Baju Merah" pro Thaksin, Natthawut Saikua, mengatakan ia mengagak Angkatan Darat merencanakan rampasan kuasa.

Pernyataannya berbunyi , bahawa pemimpin "Baju Merah" dan pembangkang Thailand Pheu MP Jatuporn Promphan mengatakan bahawa Ketua Staf Angkatan Darat Jenderal Dapong Rattanasuwan patut menjelaskan mengapa dia tetiba memanggil tiga komandan penting untuk menemuinya di kediamannya pada Rabu malam.

No comments:

Post a Comment