KUALA LUMPUR, 26 Mei — Harapan seorang lelaki Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam menetapkan 18 Julai ini untuk keputusan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Ashraf selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.
Ashraf, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.
Laporan Berita Harian hari ini menyebut, Ashraf yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Ashraf kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.
Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain.
Ashraf juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Ashraf seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.
“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat.
“Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya dipetik laporan itu.
He
ReplyDeleteSeperti kata Peguam Kanan Addha..laporan sepenuh menerangkan si pempetisyen berfungsi sebagai perempuan amat diperlukan sebagai membolehkan perkara ini di ketengahkan dalam perundangan.
Aku setuju tuh. Tak semua perkara boleh disempurnakan dan dibiar berkembang atas kebodohan. Kita dijadikan dari telor X dan sperma Y bagi generasi lelaki XY atau perempuan XX. Itu sahaja yang ada dengan diberi bekalan sokongan untuk berfungsi sewajarnya oeh Allah. Pasangan Nabi Adam dan Hawa melahirkan zuriat sebagai bertanggung jawab dengan dunia ini. Biarpun kemajuan zaman membolehkan manusia mengambil alih sokongan2 semula jadi ini; proses melahirkan generasinya tetap tidak berubah. Ia memerlukan sumber yang diwariskan melalui cantuman benih lelaki (X dan Y)dengan benih telor wanita (X).
Didalam Islam ada golongan khunsa. Namun tetap di iktiraf kepada fungsi alatjantina yang lebih cendrung kepadanya.Ini asas pada pengajaran Islam. Asas ini tentuya berkembang mengikut waktu kemajuan manusia samapai kiamat nanti.
Persoalan perundangan yang melibatkan dan memberi kesan pada orang ramai dimasa depan itu perlu di tangani dengan betul. Pada zaman ini hendak mengenal pasti XX dan XY pada tubuh sasaorang bukan perkara mustahil. Mengambil titik muktamad dari hal ini lebih rasional dalam menghadapi kes2 terpencil begini. Bukan bersandar pada perkara2 sokongan seksual semata jikalah ingin diselesaikan.
Satu kebodohan membenarkan seorang lelaki (XY) boleh di tukar menjadi perempuan (XX) dan sebaliknya.Kebodohan nyata jika diambil mudah.
wahualam. Idea semata