Thursday, May 12, 2011

Anak keempat Osama pertikai bapanya sudah mati

Omar anak keempat Osama
ISLAMABAD - 
Anak keempat Osama Laden, Omar semalam mempersoalkan kesahihan pembunuhan bapanya dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Amerika Syarikat (AS).

“Kami (ahli keluarga Osama) tidak yakin dengan ketiadaan mayat, gambar dan video bagi membuktikan bapa kami sudah mati,” kata Omar dalam kenyataan bertulis kepada akhbar AS, The New York Times.

Presiden AS, Barack Obama mengumumkan Osama terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pasukan tentera AS di rumah pemimpin Al-Qaeda itu di Abbottabad, Pakistan, 1 Mei lalu.

Obama turut mengumumkan mayat Osama dikebumikan di dasar laut dan melarang gambar mayat pemimpin Al-Qaeda itu dikeluarkan sebagai bukti pembunuhan sehingga mencetuskan tanda tanya mengenai kematiannya.

Sementara itu, seorang lagi anak Osama, Hamza, 20, dilaporkan hilang selepas serangan tentera AS di kediamannya itu.

Namun, kerajaan AS menafikan bahawa pasukan khas negara itu menculik Hamza dan menegaskan hanya mayat Osama yang diambil selepas serangan itu.

No comments:

Post a Comment