Monday, May 9, 2011

Bapa seret anak dari kafe Internet

 HECHI, China - Seorang bapa, Lu Tan menyeret seorang anak lelakinya keluar dari sebuah kafe Internet di sini selepas membogelkannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Tan berkata, tindakannya memukul anaknya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.

Peristiwa itu berlaku baru-baru ini. Tan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya daripada sebuah kafe Internet. Ada saksi menyatakan budak itu didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.

Seorang saksi berkata: "Tan memukul anaknya yang menangis meminta belas kasihan. Tetapi , bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya itu tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."

Saksi itu menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak lelaki tersebut.

Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.

"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras semata-mata untuk membiayai keluarga," kata Tan. -

2 comments:

  1. subhanallah.. kelihatannya .. mengaibkan.. kesiannya :(

    ReplyDelete
  2. amarah yg tak boleh dikontrol lagi. Mungkin kerap sangat curi duit utk main internet

    ReplyDelete