Seorang bekas anggota polis berusia 49 tahun yang cuba melarikan diri melalui tingkap bilik sebuah hotel maut apabila ia terjatuh dari tingkat 16 ke beranda tingkat lima hotel tersebut .
Beliau cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan kira-kira jam 2 pagi.
Mangsa menginap di tingkap 16 bersama pasangannya seorang janda yang berusia dalam lingkungan 40an.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.
Katanya, mangsa mati di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
No comments:
Post a Comment