Baru-baru ini, PAS gesa Jakim, SKMM bertindak segera keatas blog hina Islam
FMT sebelum ini jugak melaporkan mengenai kewujudan blog kurang ajar menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara atau http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com. yang terang-terang menghina Islam.
Di atas pulak lagi satu facebook kurang ajar yang menggunakan nama Faiza Alih
Memang jelas sekali tindakan penulisan dalam entri blog itu disengajakan dan menyentuh sensitiviti umat Islam .
Di bawah ini pulak gambar-gambar dari facebook “I’m Proud To Be A Muslim
BUTTERWORTH: Dalang yang menggunakan laman sosial Facebook untuk menghina Islam tidak akan terlepas daripada tindakan kerana beberapa agensi penguatkuasa sedang memburu pihak terbabit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pihaknya sedang berbincang dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM); Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta polis bagi mengesan individu menghina Islam melalui Facebook.
“Kami sedang bekerjasama dengan agensi terbabit bagi membendung isu menghina Islam yang makin ketara sejak kebelakangan ini dan hanya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan.
Kita beri peringatan kepada pihak yang sengaja timbulkan kemarahan orang Islam dengan cara membuat provokasi melalui laman sosial bahawa kita sebenarnya sedang memantau mereka,” katanya selepas merasmikan majlis ulang tahun ke-20 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Darul Hikmah, Bagan Lebai Tahir, di sini, malam kelmarin.
Turut hadir di majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad dan ADUN Permatang Berangan, Shabudin Yahaya.
Jamil Khir mengulas tindakan 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kira-kira 10,000 ahlinya membuat laporan polis berhubung kenyataan dalam laman blog yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW seperti yang dilaporkan akhbar ini, kelmarin.
Beliau berkata, umat Islam di negara ini perlu bersatu dan usah mudah terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan umat Islam termasuk melalui laman sosial di internet.
“Ada kalanya nama tertentu digunakan dalam Facebook untuk mengelirukan orang Islam. Perbuatan itu (menghina Islam) tidak sepatutnya berlaku walau atas nama apa sekalipun dan jangan lupa, negara ini ada undang-undang,” katanya.BH
No comments:
Post a Comment