JEDDAH: Perpisahan berlaku setiap enam minit di Arab Saudi menjadikan negara itu mencatatkan peratusan paling tinggi kes pasangan bercerai berbanding negara lain di rantau Teluk iaitu 79 peratus sehari.
“Ini menunjukkan institusi keluarga benar-benar memerlukan bimbingan,” kata pakar kaunseling keluarga, Abdullah al-Sadhan, dalam kursus latihan kaunseling menggunakan telefon di Jeddah.
Kaunseling menggunakan telefon penting untuk pasangan muda yang berkahwin yang mencatatkan jumlah paling tinggi dalam kes perceraian,” kata kaunselor pembimbing keluarga itu.
Akhbar Saudi Gazette memetik al-Sadhan sebagai berkata, 30 peratus pasangan yang menerima kaunseling menggunakan telefon kembali kepada keputusan mereka untuk bercerai sementara perkhidmatan di Jeddah menghasilkan kadar kejayaan lebih tinggi dengan 34 peratus. – Agensi
No comments:
Post a Comment