Monday, May 16, 2011

Hadiah Menteri Pelajaran Sempena Hari Guru

Adakah idea Buku Jingga menjadi ?
Kalau menjadi nak terima kasih pada siapa ?
Adakah guru-guru sangat mengharapkan elaun RM500 itu?

Tapi TPM kata negara tidak boleh mempertahankan jumlah kos subsidi semasa .
Kos subsidi dijangka meningkat dua kali ganda daripada RM10.32 bilion tahun lalu kepada RM20.58 bilion pada 2011.
syarat yang dilihat kerajaan tidak dapat mengelak kenaikan harga barang-barang keperluan.

Apa macam cikgu-cikgu. Ada harapan ke nak dapat elaun RM500. Tuuunnnggguuuu. Kalau ada itu rezeki namanya.

“Ya, kita memberi subsidi tetapi kita tidak boleh kekalkan subsidi pada jumlah yang sama. Jadi, ada cara di mana kita sedang cuba untuk mengurangkan kos-kos subsidi seperti menaikkan harga gula. Kami melakukan secara berperingkat-peringkat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Kuasa membeli yang kecil, diapit dengan kenaikan harga barangan telah memberi tekanan ke atas pentadbiran Najib untuk menyalurkan lebih banyak dana awam ke atas pemberian subsidi.

Tindakan ini dikatakan perlu untuk mengelakkan kemarahan rakyat berhubung kenaikan kos hidup selain membalas serangan Pakatan Rakyat terhadap mengurangkan subsidi.
Harga gula mengalami kenaikan 20 sen sekilogram minggu lalu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan i Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapi peningkatannya.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

“Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga,” kata beliau sebagaimana dilaporkan media tempatan.

Ismail Sabri berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

No comments:

Post a Comment