KUALA LUMPUR: Oleh kerana puju rayu lelaki Iran, seorang isteri cair dan sanggup memusnahkan perkahwinan dibina hampir 10 tahun dengan menuntut cerai saban hari daripada suaminya.
Mereka baru berkenalan kira-kira lima bulan tetapi sudah seperti aur dengan tebing, irama dan lagu, tak dapat dipisahkan lagi. Fuyo bagai Qais dan Laila.
Suami mangsa dikenali sebagai Remy, 32, berkata, semuanya bermula apabila isterinya, Nadia, 32, mendapat tawaran mengajar di sebuah sekolah antarabangsa, di sini.
“Sebelum ini, isteri mengajar di sebuah tadika namun terpaksa berhenti bekerja apabila ditutup. Kira-kira enam bulan lalu dia ditawarkan mengajar di sekolah antarabangsa dan membawa perkenalan dengan bapa kepada seorang anak muridnya iaitu seorang lelaki warga Iran berusia 30-an.
“Hubungan terlarang itu dikesan selepas saya menemui diari dan kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) percintaan mereka berdua yang baru mula berputik itu.
No comments:
Post a Comment