Wu ketika dirawat di hospital |
BEIJING - Wu Yuanbi ,53 nekat membedah perutnya sendiri untuk mengeluarkan cairan di dalamnya. Alasannya kerana tiada wang. Wu yang tinggal di Chongqing, China, itu menolak membayar insuran kesihatan kerana ingin berjimat.
Kini setelah tindakan nekatnya membedah perut sendiri itu, Wu dirawat di rumah sakit Chongqin dengan perbelanjaan perubatan percuma.
Budd-Chiari, suatu penyakit kronik yang membuat perutnya terisi air. Pada tahun 2002, Wu telah menjalani pembedahan membuang air dari perutnya hasil kutipan dari keluarganya. Ketika itu doktor mengeluarkan sekitar 25 kilogram air dari perutnya.
Tetapi tidak lama kemudian perutnya kembali berisi air. Belanja untuk menjalani pembedahan kira-kira 50.000 yuan. Untuk menjalani perbedahan kedua dia tidak mempunyai duit.
Pada 8 Mei lalu Wu nekat membedah sendiri perutnya dengan pisau dapur. Ketika itu, suaminya, Cao Yunhui, sudah keluar bekerja. Setelah perutnya dibedah dia benar-benar merasakan sakit sendirian selama berjam-jam.
Ketika suaminya pulang, dia terkejut melihatkan isterinya terbaring dengan luka sepanjang 10 cm di perut. Tubuhnya bergelumang dengan cairan berwarna kuning dan ususnya berhamburan. Nasib baik Wu masih hidup dan segera dikejarkan ke hospital. Nyawanya dapat diselamatkan.
"Kalau saya meninggal, setidaknya keluarga saya tidak menanggung beban untuk merawat saya," katanya kepada Chongqing Morning Post.
Wu mendapat sedikit bantuan kesihatan dari pemerintah daerah. Rawatan susulan terpaksa ditanggung sendiri oleh Wu.
Menurut Wu Ming, pensyarah School of Public Health Universiti Peking, banyak warga miskin di pendalaman yang menjadi makin miskin setelah membayar perbelanjaan rumah sakit yang tinggi.
No comments:
Post a Comment