Seorang wanita yang kini berumur 45 tahun yang otaknya pernah terhapus pada usia 22 tahun. Kini berjaya memperoleh ijazah di bidang muzik dari Montgomery College dengan IPK 3.9.
Su Meck, ketika berumur 22 tahun, terpukul kipas siling di kepalanya. Pengsan selama seminggu. Apabila beliau sedar memorinya hilang sama sekali . Menurut doktor, otaknya seperti kanak-kanak berumur 4 tahun. Ia tidak boleh membaca. Percakapannya hanya beberapa frasa. Su Meck tidak lagi mengenal suami dan dua anak laki-lakinya yang masih kecil.
Su Meck, yang ketika itu sudah memiliki dua anak laki-laki, terpaksa belajar dari mula. Itu satu masalah besar baginya di samping masalah filosofi dan emosi.
Su Meck mengaku buntu dan dungu. "Apa yang patut aku lakukan? Apa perancangan masa depan? Apa tujuan hidupku? Bagaimana akan kembali seperti dulu, sudah dikenal orang ataukah aku harus jadi orang baru? Aku juga harus mencintai suami dan anak-anak yang belum aku kenal".
Proses belajar semula berlaku perlahan-lahan. Dengan tabah, dia berhasil menjalani hidup. Dia belajar makan, berpakaian, menelepon sendiri, berbasikal , serta membaca dan menulis. Beberapa tahun selepas kemalangan , ia takut berbual di telefon. Belajar menulis semula adalah sesuatu yang sukar.
Pada satu e-mail untuk ibunya, Su Meck menulis, "The boys play good with Legos now so givs me a chance to rite. I hav to go to mor doctors be case fall lots to hitig head bad head ackes."
Sekarang Su Meck sudah boleh memandu. Anak-anaknya membantu mengingatkan tempat dia patut meletakkan kenderaannya.
Kini Su Meck telah ada ijazah dalam bidang muzik setelah belajar dengan gigih selama empat tahun. Ia boleh memainkan drum untuk lagu-lagu Led Zeppelin dan Pink Floyd. Seterusnya dia berusaha untuk mendapatkan sarjana pulak di Smith College, Massachusetts.
(National Geographic Indonesia/Alex Pangestu)
No comments:
Post a Comment