Segala-galanya bagai dunia baru buat bekas juara wanita kebangsaan Wong Mew Choo yang kini melatih pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Juara Terbuka China 2007 yang menggantung raket awal tahun ini selepas bergelut dengan kecederaan lutut kini bergelar jurulatih sejak sebulan lalu dengan menggilap tujuh pemain, antaranya Norshaida Baharum, Sylvia Kavita Kumares, Cheah Yee See, Evelyn Chee Yi Lyn, Lim Chiew Sien dan Lim Yin Fun.
Ketika menjadi pemain, anda hanya mengambil berat mengenai diri sendiri, kini saya mempunyai tujuh pemain untuk diawasi. Bukan mudah tetapi saya berterima kasih kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana memberi saya peluang melatih pemain muda,” kata Mew Choo ketika Kejohanan Sirkit Remaja Kebangsaan 100PLUS, semalam.BH
No comments:
Post a Comment