Raja Bhutan Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, dan calon istrinya Jetsun Pema.
Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, 31 akan mengahwini kekasihnya, mahasiswi berusia 20 tahun bernama Jetsun Pema .Perkahwinan itu mungkin pada Oktober tahun ini. Wangchuck mengaku sudah lama berkenalan dengan Pema dan gadis itu sudah mengiringi nya dalam beberapa kunjungan ke beberapa wilayah di negaranya.
Kata Raja Bhutan "Sebagai raja, masa ini sesuai saya berkahwin . Setelah difikirkan , saya memutuskan berkahwin tahun ini juga."
Pengumuman itu disampaikannya ketika pembukaan sidang parlimen, pada Jumaat 20 Mei. "Namanya Jetsun Pema. Meskipun masih muda, dia memiliki keperibadian bagus dan sifat yang baik," kata raja lulusan Oxford itu.
Raja termuda dunia yang dijuluki "Putera Impian" itu tersenyum ketika mengumumkan nama calon isterinya yang kini belajar di Regents College, London .
Mendengar pengumuman itu anggota parlimen bertepuk sorak gembira. Padahal, tepuk tangan pada satu acara formal dianggap melanggar tata susila/etika. Di negara kecil di lereng Pegunungan Himalaya itu, menunjukkan kebahagiaan/ kegembiraan di depan umum dianggap tidak sopan.
"Rakyat mungkin mengharapkan ratu saya berpendidikan tinggi, cantik, dan yang terbaik," lapor sebuah media tempatan, mengutip ucapan Raja Wangchuck. "Jetsun Pema adalah gadis baik yang sentiasa menyokong saya dan saya memercayainya. Saya tidak tahu pendapat rakyat tentang dia. Namun, menurut saya, dia memiliki semua kualiti yang dikehendaki dari setiap perempuan."
Perkahwinan diraja ini tidak akan dilaksanakan secara besar-besaran kerana masalah ekonomi.
Wangchuck adalah raja kelima sejak Kerajaan Bhutan ditubuhkan pada 1907. Dia putera dari isteri ketiga dan anak lelaki tertua. Dia dinobatkan sebagai raja pada November 2008 setelah ayahnya, Jigme Syngye Wangchuck, turun takhta.
Selama beberapa waktu, Bhutan tidak memiliki letrik, jalan, sekolah, bahkan rumah sakit. Namun, hingga kini negara itu masih belum ada lampu lalu lintas.
Ayahanda Wangchuck telah mengahwini empat perempuan bersaudara. Rakyat kurang maklumat tentang keluarga diraja itu kerana segala maklumat berkenaan tidak dihebahkan.
No comments:
Post a Comment