Dalam ucapan Datuk Seri Najib Razak malam tadi menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan Barisan dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 yang katanya “sudah hampir tiba.”
Najib berkata, Warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja 'senjata' yang dimiliki mereka bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangka pilihanraya umum sebelum bulan Ramadan, awal Ogos ini.
Selangor dikuasai Pakatan Rakyat sejak 2008 apabila memenanginya pada PRU ke 12
Kata Presiden Umno lagi, “Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” demikian dipetik dari Bernama
Dalam ucapannya pada majlis Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan di sini semalam Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, mahu semangat seumpamanya diterapkan dalam diri setiap ahli Umno negeri tanpa mengira usia.
“Kalau British kita boleh kalahkan kerana kita berjuang berhabis-habiskan, takkan lah Umno Selangor tidak boleh bangkit dari peristiwa itu .“Segala kekurangan dan kezaliman kerajaan negeri hari ini di Selangor mesti diperbetulkan,” katanya.
“Sejarah itu sepatutnya kita ambil sebagai iktibar kerana politik adalah suatu bentuk 'game', yang berkisar kepada nombor dan persepsi.
“Sebagai contoh andai majoriti dalam sesebuah negeri itu dikuasai Melayu, tetapi tidak bersatu, maka tidak akan membawa sebarang kesan seperti yang diharapkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment