Rumah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang terletak di Jalan Duta, Kuala Lumpur terbakar.
Kebakaran itu berlaku dengan cepat dan telah memusnahkan sebahagian besar rumahnya khususnya di bahagian atas.
Beliau bersyukur dan merasa cukup bernasib baik, kerana terselamat dalam kebakaran itu. Ini kerana anak lelakinya tersedar ada kebakaran di rumah mereka jam 5.30 pagi Ahad. Kalau tidak beliau dan keluarganya pasti ditimpa kecelakaan.
Ketika ditemui Agendadaily jam 8.30 pagi Tengku Adnan sedang memeriksa kesan kebakaran rumahnya . Beliau memberitahu semasa kejadian berlaku beliau tertidur di biliknya selepas mengikuti keputusan pilihanraya Singapura di televisyen.
Katanya tiba-tiba anak lelakinya mengetuk pintu memberitahu rumah mereka terbakar. Mereka sekeluarga segera lari keluar dari rumah.
Tidak lama kemudian kelihatan beberapa kereta bomba berkejar ke rumahnya untuk berusaha memadam kebakaran.
Kata Tengku Adnan, sepatutnya pagi ini beliau dijadual hadir di satu majlis di Putrajaya.-
No comments:
Post a Comment