Tuesday, May 31, 2011

Shahrini Ubahsuai Tubuh - Hidung dan Punggung


JAKARTA: Syahrini diberitakan menjalani pembedahan plastik bagi memperkukuhkan penampilannya di pentas.
Khabar dari seseorang yang mengenali Syahrini menyatakan penyanyi Aku Tak Biasa itu pernah mengunjungi sebuah klinik kecantikan di Sunter, Jakarta Utara, beberapa kali.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, klinik berkenaan memang popular di kalangan artis dan sering menjadi tempat mereka melakukan pengubahsuaian tubuh.

“Bagi Syahrini, dia menjalani pembedahan bagi memperbaiki pelbagai bahagian tubuhnya, termasuk hidung dan punggung,” katanya, semalam.

Baru-baru ini, nama Syahrini meniti bibir peminat dan pemerhati industri hiburan Indonesia kerana didapati bergambar dengan aksi ghairah dan melampau bersama beberapa personaliti.

Selain Syahrini, turut dikaitkan dengan gambar lucah itu adalah adik merangkap pengurusnya, Aisyahrani.
Menurut peguam mereka, gambar itu sebenarnya hanyalah koleksi peribadi dan bukan untuk tatapan umum.

Sumber berkenaan berkata, kos bagi mencantikkan hidung di klinik di Sunter itu kira-kira RM3,500 “Tapi jika untuk pembedahan mencantikkan punggung, saya pasti ia lebih mahal,” katanya.

Operasi pembedahan plastik bukan aneh di kalangan selebriti Indonesia dan ada antara mereka mengaku secara terbuka. - DH

No comments:

Post a Comment