WASHINGTON - Berdasarkan laporan CNN, Selasa 17 Mei Seif al Adel, warga Mesir yang pernah menjadi perwira pasukan khas, telah dipilih sebagai pemimpin sementara Al Qaeda menggantikan Osama bin Laden. Demikian berita dari Noman Benotman, bekas gerila Libya yang pernah bergabung dengan Al-Qaeda.
Saif al Adel telah lama memainkan peranan penting dalam kumpulan Al Qaeda. Noman Benotman telah mengenali kepemimpinan Al Qaeda selama lebih dari dua dekad . Dia pernah menjadi pemimpin Libyan Islamic Fighting Grup (LIFG), sebuah organisasi militan yang dulu ada hubungan dengan Al Qaeda, Tetapi dalam beberapa tahun ini beliau telah memutuskan hubungan dengan kumpulan itu.
Benotman mengatakan kepada CNN bahwa berdasarkan komunikasi pribadinya dengan sejumlah militan Al Qaeda dan perbincangan di forum jihad, Al Adel yang juga dikenali sebagai Muhammad Ibrahim Makkawi, telah dipilih sebagai pemimpin sementara Al Qaeda kerana ketiadaan pemimpin menyukarkan kumpulan itu bergerak.
Surat khabar Pakistan, The News, sebagaimana dilaporkan AFP pada Rabu, membenarkan pernyataan itu.
Namun, kata Benotman, pilihan terhadap seorang warga Mesir mungkin tidak begitu diterima baik oleh sejumlah anggota Al Qaeda dari Saudi dan Yaman, yang percaya bahwa pengganti Osama harus berasal dari Jazirah Arab, wilayah suci untuk semua Muslim. Osama sendiri berasal dari keluarga kaya Saudi.
Sebelum ini orang yang disebut-sebut sebagai pengganti Osama ialah Ayman al Zawahiri, juga seorang Mesir, dan telah lama menjadi wakil Osama.
Pemilihan Al-Adel ini menurut Benotman, mungkin merupakan satu cara untuk mengukur reaksi kumpulan Al-Qaeda terhadap pilihan seseorang yang berasal dari luar Semenanjung Arab sebagai pemimpin Al Qaeda.
Al Adel adalah pejuang yang ikut berjuang melawan Soviet Union di Afganistan pada tahun 1980-an. Setelah Taliban jatuh pada tahun 2001, ia melarikan diri ke Iran.
Khabarnya dari situ dia menerajui Al-Qaeda dalam serangan-serangan ke atas Arab Saudi pada 2003, dan telah membunuh ramai orang.
Beberapa laporan dalam satu tahun terakhir menyatakan bahwa Al Adel telah meninggalkan Iran menuju Pakistan.
Isu dan masalah penting Al Adel sekarang adalah jatuhnya sejumlah besar maklumat, rahsia-rahsia sensitif Al-Qaeda ke tangan pasukan AS di kompleks di Abbottabad, Pakistan, di mana Osama ditembak mati pada 2 Mei lalu. Maklumat-maklumat tersebut tentunya merosakkan perancangan operasi Al Qaeda.
CNN melaporkan, adanya seorang pemimpin sementara memungkinkan Al Qaeda untuk memulai proses pengumpulan kesetiaan, (baya), dari ranting-ranting Al Qaeda seperti Al Qaeda Yaman yang berpusat di Semenanjung Arab dan Al Qaeda Afrika Utara yang berpusat di Maghreb Islam. ‘BAYA’ merupakan satu sumpah tentang kesetian kepada Osama berbanding kepada organisasi itu sendiri, sama seperti sumpah setia anggota Parti Nazi kepada Hitler berbanding kepada Nazi .
No comments:
Post a Comment