Saturday, May 21, 2011

Tuan Guru Nik Aziz mahu Kapten Bola Sepak Kelantan jadi imam

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang, saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” 

Kerajaan negeri bercadang membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama yang boleh menampung 40,000 penonton. Tuan guru merestui pembinaan itu

Menurut Tuan Guru, pembinaan stadium itu akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri yang luasnya kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.

“Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.

“Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya.

Kata beliau lagi mesjid itu hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera. Ia tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium. Katanya, pembinaan ruang solat di situ sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.

“Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Apabila penonton bangun daripada kerusinya, boleh bersolat segera.

Berbalik kepada royalty minyak, Mursyidul Am PAS berkata pihak yang menyekat menyerahkannya royalti minyak kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.

Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allah di atas kezaliman yang dilakukannya.

“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.

“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita. 

“Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment