Wednesday, May 11, 2011

Wanita Cina itu ialah pelajar Universiti Malaya

Seorang wanita China diberkas di sini malam tadi didapati memegang kad pelajar Universiti Malaya (UM). Dia dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) 

Serami 15 wanita ditahan dalam serbuan di dua premis hiburan di Taman AST dalam Ops Noda pada 10.15 malam tadi.

Jurucakap polis berkata, mereka sedang menyiasat kesahihan kad pelajar yang dipegang oleh wanita China itu.
 Kata jurucakap polis kepada pemberita di luar premis kelab malam yang diserbu . "Kita juga turut menahan ibu ayam yang juga wanita China,”

Polis juga turut menemui sebuah lubang yang dibuat khas untuk menyusupkan wanita-wanita terbabit ke dalam sebuah bilik setor di tingkat dua premis itu.

No comments:

Post a Comment