Saturday, June 18, 2011

Anjing Dihukum Rejam


JERUSALEM — Mahkamah agama Yahudi menjatuhkan hukuman rejam keatas seekor anjing yang dianggap reinkarnasi (jelmaan roh)seorang peguam sekuler yang menghina hakim mahkamah  itu 20 tahun lalu, laman Ynet melaporkan.

Salah seorang hakim langsung menjatuhkan hukuman rejam keatas anjing itu . Eksekutornya (perejam)  adalah kanak-kanak sekitar.

Menurut Ynet, anjing besar itu masuk ke pejabat Mahkamah Urusan Kewangan di kawasan Mea Shearim, persekitaran Yahudi ultra-Ortodox di Jerusalem, Israel. Anjing itu menakutkan para hakim dan para jaksa yang berada di situ.

Berbagai cara digunakan untuk menyahkan anjing itu keluar dari pejabat mahkamah, tetapi si anjing tetap tidak berganjak.

Salah seorang jaksa teringat peristiwa lama iaitu salah satu hukuman yang pernah dijatuhkan keatas satu kutukan yang dijatuhkan mahkamah kepada seorang peguam sekuler yang telah menghina hakim 20 tahun lalu.

Hukuman setimpal keatas peguam itu menurut pengadilan ketika itu, adalah peguam itu berubah menjadi seekor anjing, haiwan yang dianggap najis oleh penganut Yahudi kuno.

Teringat peristiwa itu , salah seorang hakim terus menjatuhkan hukuman rejam keatas anjing itu. Eksekutornya adalah kanak-kanak sekitar.

Nasib baik anjing itu beredar dari situ.

Sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi haiwan, Let the Animals Live, membuat laporan polis terhadap ketua hakim itu, Rabi Avraham Dov Levin. Sebelumnya pun Levin membantah hakim-hakimnya menjatuhkan hukuman rejam.

Namun, seorang pengurus undang-undang membenarkan kejadian itu dalam wawancara dengan harian Yediot Aharonot.

"Memang patut diperintahkan, sebagai cara yang cepat untuk "menghalau" roh yang merasuk anjing malang itu, katanya kepada surat khabar itu. 
indah.com 18 Jun

No comments:

Post a Comment