QUEBEC – Satu kejadian ganjil berlaku di satu jalan raya di Quebec, Kanada. Seekor beruang besar terbang ke atas sebuah kereta dan mengorbankan dua penumpangnya.
Kemalangan itu berlaku pada Rabu 8 Jun. Sebuah kereta bertembung dengan seekor beruang hitam seberat 200 kilogram itu dari arah berlawanan.
Beruang itu meluncur dan jatuh tepat di kaca depan SUV dan meluncur menembus terus cermin belakang kereta itu.
Pemandu SUV, perempuan Ottawa berusia 25 tahun, meninggal di tempat kejadian. Sementara penumpang yang duduk di belakang juga maut. Teman lelaki pemandu yang duduk di kerusi depan hanya cedera ringan. Sementara beruang itu mati.
“Hidupan liar, termasuk beruang, selalu berkeliaran di jalan bukan perkara luar biasa di wilayah pedalaman Kanada. Biasanya yang bertembung dengan kereta adalah rusa dan moose. Beruang jarang sangat menyebabkan kemalangan maut,”Kata Martin Fournel, juru cakap polis setempat.
Menurut seorang pemandu berburu, ketika ini merupakan musim beruang mengawan . Beliau memperingatkan pemandu- pemandu kenderaan supaya berhati-hati sebab beruang jantan biasanya mengembara keluar dari wilayahnya untuk mencari beruang betina.
indah.com 12 Jun
No comments:
Post a Comment