Pakar mengatakan retina yang terlepas untuk waktu yang lama akan rusak permanent
Seorang lelaki di Amerika Syarikat yang buta salah satu dari matanya 55 tahun lalu, telah berjaya sembuh sepenuhnya.
Menurut penerbitan Journal of Medical Case Reports, retina mata kanan pesakit tersebut rosak terkena batu ketika usianya delapan tahun.
Retina yang tidak dirawat untuk waktu yang lama akan rosak kekal, walaupuan menampalkannya kembali tidak akan memulihkan penglihatan.
Doktor mengatakan pemulihan yang terjadi setelah retina mengalami kerosakan seperti ini adalah yang pertama.
Mampu serap sinar
Lelaki berusia 63 tahun itu pergi ke sebuah klinik mata dan telinga di New York kerana sakit mata dan matanya menjadi merah.
Mata kanannya bengkak, berdarah, dan muncul tekanan kerana cairan yang mengumpul .
Setelah doctor mencuci matanya dan melakukan perawatan untuk mencegah terbentuknya pembuluh darah baru, keajaiban berlaku, mata beliau mampu menyerap cahaya.
Melihat perubahan itu, para doktor kemudian memutuskan untuk mencuba menampalkan kembali retina ke mata itu.
Setelah proses pembedahan selesai ternyata mata itu kemudian berfungsi normal kembali.
Diyakini kejayaan ini disebabkan sejak awal retina itu tidak rosak atau luka sepenuhnya.indah.com 17 Jun
No comments:
Post a Comment