KUALA TERENGGANU: Seorang ahli perniagaan ditahan reman empat hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri semalam untuk membantu siasatan kes rasuah dalam mengatur perlawanan liga Piala Presiden T-Team musim lalu.
Perintah reman sehingga 12 Jun ini ke atas lelaki berasal dari Singapura itu dikeluarkan oleh Pendaftar Kanan Mahkamah Kuala Terengganu, Mohd Erman Che Mat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Difahamkan, lelaki berkenaan ditahan anggota SPRM di Seremban, Negeri Sembilan kelmarin bagi membantu siasatan dakwaan rasuah dalam mengatur perlawanan sebelum didakwa dalam masa terdekat.
Semuanya bermula dengan pendedahan bekas pengurus pasukan, Mohd Sabri Abas yang membongkar pembabitan lapan pemain pasukan dengan rasuah bola sepak dalam Liga Piala Presiden musim lalu.
Selepas pengakuan Mohd Sabri tersiar di akhbar, seorang jurulatih pasukan Piala Presiden T-Team yang enggan dikenali turut mendedahkan beberapa pemain mengaku menerima wang suapan untuk mengatur perlawanan.
Jurulatih berkenaan berkata, dia pernah dihubungi seseorang mengaku bookie sebelum diberitahu mengenai nama pemain yang terbabit dengan rasuah bola sepak dan jumlah yang disogokkan kepada pemain.
Malah Harian Metro 2 Jun lalu melaporkan, pemain pasukan Piala Presiden T-Team mengaku terjerumus.HM
indah.com 10 Jun
No comments:
Post a Comment