Sohana Jawed, 9, memberitahu tentera yang menyelamatkannya bahwa dia diculik oleh dua orang wanita pada Sabtu minggu lalu berdekatan rumahnya di Peshawar. Jawed memberitahu kepada Associated Press pada Selasa, 21 Jun 2011, bahawa dia dibius menggunakan sapu tangan dan dibawa pergi ke suatu tempat.
Jawed mengatakan dia dibius beberapa kali agar tidak menangis. Bila tersedar pada Isnin, 20 Jun 2011, Jawed mengatakan dia berada di sebuah rumah. Barulah pada Selasa pagi, lelaki dan wanita tidak dikenal memakaikan rompi (baju dalam yang tidak berlengan )di tubuh Jawed.
"Pagi ini, lelaki dan wanita itu memaksa saya memakai rompi berat dan memasukkan saya ke dalam kereta," katanya.
Menurut Ketua Polis Daerah Lower Dir, Salim Marwat, rompi itu berisikan sembilan kilogram bahan letupan dan dirancang untuk diletupkan dari jarak jauh menggunakan remote control.
Penculik kemudian membawa Jawed ke sebuah pos pemeriksaan yang dijaga oleh pasukan tentera Pakistan, terletak kira-kira 10 kilometer di luar Timergarah, kota utama Daerah Lower Dir. Ketika pintu kereta dibuka, Jawed tanpa pikir panjang terus melarikan diri, berlari sekuat tenaga ke pos pemeriksaan dan terus menunjukkan rompinya.
"Saya berhasil lepas dari genggaman wanita tersebut dan terus lari," kata Jawed yang ketika itu berselimut putih.
Jawed kini diberi terapi bagi menghilangkan traumanya. Biasanya militan bersenjata menggunakan kanak-kanak lelaki untuk tujuan bom bunuh diri, namun menggunakan kanak-kanak perempuan tidak pernah terjadi sebelumnya.
No comments:
Post a Comment