Tuesday, June 7, 2011

Dipenjara kerana menggunakan tandas Presiden Robert Mugabe


HARARE- Seorang polisi Zimbabwe di penjara 10 hari, gara-gara menggunakan bilik air yang disiapkan khas untuk Presiden Robert Mugabe.

Alois Mabhunu dituduh menggunakan bilik air VIP yang dikhaskan untuk Mugabe dan Jean Louis Ekra, Pengarah Bank Ekspot Impot Afrika.

Alois Mabhunu, penyiasat kes pembunuhan, menjalani sidang internal minggu lalu setelah menggunakan toilet Mugabe pada pameran perdagangan yang diadakan di Harare. Dia di tahan 10 hari di penjara.

Seorang saudara dekat Mabhunu, menyatakan bahawa polis itu tidak diwakili peguam pada sidang bacaan kes. Dia mengharapkan Ketua Polis Zimbabwe, Augustine Chihuri, membatalkan keputusan tersebut.

Selain dihukum penjara 10 hari, Mabhunu juga diturunkan pangkat dan tidak boleh mengenakan pakaian biasa ketika bertugas sebagai penyiasat.

Juru cakap polis Wayne Bvudzijena mengatakan, kes Mabhunu merupakan kes dalaman dan hanya masalah kes disiplin polis. Dikatakannya, Mabhunu gagal mematuhi instruksi dan hukuman harus dijalankan.

Mabhunu merupakan sebahagian dari pasukan pengaman ketika Mugabe menghadiri Pameran Perdagangan Internasional Zimbabwe bulan lalu.

Pada mulanya dia ditegah masuk ke situ oleh polis yang menjaga bilik air itu, dan dia akur, tetapi oleh kerana tidak dapat menahan hajat, dia merempuh masuk jugak ke situ. Beliau ditahan sehari kemudian

No comments:

Post a Comment