Thursday, June 16, 2011

Hebat. Manusia tertua sejagat belajar 79 tahun untuk memperolehi ijazah

Leo Plass

REDMOND – Wow hebat ini. Sesuai dengan pepatah ‘ mencari ilmu hingga ke liang lahat’ Tetapi lelaki ini belum lagi meninggal. Hebatnya, Leo Plass, lelaki berasal dari Redmond, Oregon, Amerika Syarikat ini berjaya mendapat ijazah  di usia 99 tahun. Dia memperoleh    ijazah dari Eastern Oregon University, La Grande, pada 11 Jun lalu.

Dengan ini, Leo Plass sekaligus memadamkan rekod yang dipegang Nola Ochs. Nola Ochs mendapat ijazah dari Gabernor Kathleen Sebelius, Fort Hays State ketika usianya 95 tahun. Dia mula masuk tahun pertama kuliah pada 1930. 77 tahun kemudian baru berjaya memperoleh ijazah. 

"Saya cuma memerlukan waktu 79 tahun untuk menyelesaikan kuliah," gurau Leo Plass ketika dinobatkan sebagai manusia tertua yang memperoleh ijazah ketika berusia 99 tahun

Atas desakan anak saudaranya, dari Eastern Oregon University yang dulu bernama Eastern Oregon Normal School memeriksa tesis Plass. Berdasarkan ketentuan yang diperbarui, Plass dinyatakan memenuhi syarat dan layak bergelar ijazah.

Leo Plass meninggalkan kuliah pada tahun 1930-an kerana masalah kewangan. Pada 79 tahun kemudian, beliau kembali ke kampus yang telah banyak berubah  , untuk mendapatkan ijazah.

Ada lagi seorang yang mendapat ijazah ketika tua iaitu Allan Stewart yang berasal dari Australia.

Allan yang lahir pada 7 Mac 1915 ini berjaya mendapat ijazah    undang-undang dari University of New England, New South Wales, Australia, pada usia 91 tahun 214 hari. 
indah.com 16 Jun


No comments:

Post a Comment