SHAH ALAM – Seorang penarik kereta ditahan polis untuk membantu siasatan kes penemuan mayat rentung dalam kereta Proton Waja terbakar di Kilometer 20, Jalan Kuala Lumpur-Rawang, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah (gambar) berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Shah Alam kelmarin, susulan laporan polis oleh sepasang suami isteri di Bukit Puchong pada hari sama kenderaan dan mayat rentung itu ditemui.
Menurutnya, laporan menunjukkan anak pasa-ngan itu, K Yogendran, 27, keluar rumah kira-kira jam 10.30 malam pada 27 Mei lalu dengan menaiki kereta Proton Waja bernombor pendaftaran WJE 8360 yang dipinjam daripada rakannya (penarik kereta).
“Menurut pasangan itu, kereta dipinjam anaknya sejak 24 Mei lalu. Bagaimanapun, anak mereka tidak kembali ke rumah selepas keluar tiga hari kemudian.
“Pasangan suami isteri itu ada menghubungi anak mereka melalui dua telefon bimbitnya, namun tidak berjawab,” katanya.
Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat itu, pihaknya menahan penarik kereta terbabit, selain tidak menolak kemungkinan mayat rentung dalam kereta itu adalah K Yogendran yang dilaporkan hilang.
Beliau berkata, penarik kereta itu direman semalam sehingga 4 Jun ini uuntuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.SH
No comments:
Post a Comment