Saturday, June 4, 2011

Lima orang paling jahat sepanjang zaman

RUSSELLVILLE (Arkansas): Sebuah buku tahunan sekolah menyenaraikan top five orang paling jahat di dunia sepanjang zaman

Senarai orang paling jahat mengikut ranking

1. Pemimpin Nazi Adolf Hitler,
2. Osama bin Laden, pemimpin Al-Qaeda
3. Pembunuh bersiri terkenal, Charles Manson.
4. Bekas Presiden George W Bush.
5. Bekas Naib Presiden, Dick Cheney

Senarai yang terkandung dalam buku tahunan untuk pelajar Sekolah Menengah Russellville itu mencetuskan kemarahan ibu bapa dan kakitangan sekolah.

Pihak sekolah terpaksa menampal pita hitam untuk menutup senarai berkenaan sebagai jalan akhir tetapi ia masih gagal meredakan kemarahan ibu bapa

Dalam senarai itu, pemimpin Nazi, Adolf Hitler berada di tempat teratas, diikuti rapat oleh bekas pemimpin al-Qaeda, Osama Bin Laden yang dibunuh di Pakistan oleh tentera Amerika Syarikat bulan lalu.
“Masalah kami ialah pita itu boleh ditanggalkan dengan mudah,” kata anggota Lembaga Pengarah Sekolah, Chris Cloud
.
“Saya kecewa dengan kesilapan itu,” katanya.

Menurut kakitangan sekolah, senarai itu tidak menggambarkan pandangan dan pendapat murid serta gurunya.
Seorang guru berkata, pelajar sekolah itu tidak mengundi siapa yang mereka fikirkan ‘orang paling jahat di dunia,’ sebaliknya mengambil maklumat berkenaan daripada kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah laman web bebas.

Penguasa Pelajaran Russellville, Randal Wiliams berkata, wanita yang ditugas menyunting buku tahunan itu tidak menyedari kesilapan dalam senarai berkenaan. - Agensi

No comments:

Post a Comment