Thursday, June 23, 2011

Masuk Ke Lubang Tandas Untuk Mengintai


Boulder – Tandas bergerak yang sering digunakan di tempat-tempat keramaian, seperti tempat penyelenggaraan sebuah festival membawa cerita sensasi. Di sebuah festival di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat, seorang wanita petugas festival terkejut bukan kepalang. Sebab ketika dia hendak buang hajat, dia melihat kepala seorang lelaki di dalam lubang tandas.

Wanita itu berlari keluar sambil menjerit kerana terkejut. Seorang lelaki lain yang berada di luar tandas segera masuk kerana memikirkan ada orang terperangkap di dalam lubang tandas. Beliau menyaksikan memang ada seorang lelaki di dalam tangki septik itu.
Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu dikunci dari dalam. Seorang petugas keamanan festival dan beberapa pengunjung lainnya berjaga di luar, hingga beberapa minit kemudian lelaki yang berada di dalam lubang tandas itu tiba-tiba membuka pintu dan berlari sekuat-kuatnya dengan tubuh penuh najis manusia.

Lelaki itu berjaya melepaskan diri kerana tidak ada sesiapa pun sanggup menangkapnya kerana jijik dan busuk.
mailonsunday.co.uk,
catatan indah.com 23 Jun

1 comment: