KAZAN — Fagilyu Mukhametzyanov,49, wanita Rusia meninggal dunia akibat serangan jantung setelah shock ketika bangun .Apabila menyedari beliau meninggal dunia, warisnya menyiapkan dia untuk di abadikan/ ditanam.
Ketika kaum kerabatnya berada di sekitar kerandanya yang terbuka untuk berdoa bagi keselamatan dan kesejahteraan rohnya, perempuan yang disangka mati itu tiba-tiba bangun. Orang yang berada berdekatan terkejut bukan kepalang.
Fagilyu mula berteriak apabila menyedari di mana dia berada, yaitu dalam peti mayat. Fagilyu Mukhametzyanov, telah disahkan mati oleh doktor yang memeriksanya.
Peliknya, dia hanya hidup kembali untuk selama 12 minit. Beliau kemudian meninggal untuk kedua kalinya buat selama-lamanya.
Suaminya, Fagili Mukhametzyanov, 51 tahun, diberi tahu bahawa isterinya meninggal akibat serangan jantung, sebenarnya dia pingsan di rumah setelah mengadu sakit dada.
The Daily Mail, melaporkan pada Khamis 23 Jun bahawa suami wanita itu berkata, "Matanya terbeliak dan kami segera membawanya kembali ke rumah sakit, tetapi dia hanya hidup selama 12 minit dalam rawatan intensif sebelum ia meninggal sekali lagi, kali ini untuk selamanya. Saya sangat kecewa, marah dan ingin jawaban. Sebenarnya dia tidak meninggal ketika mereka menyatakan ia sudah meninggal dan mereka masih boleh menyelamatkannya."
Sementara itu, pihak rumah sakit hanya mengatakan, "Kami sedang melakukan penyelidikan."
indah.com 23 Jun
indah.com 23 Jun
Perkara yg amat jarang berlaku...
ReplyDeletememang jarang berlaku.pelik tapi benar
ReplyDelete